Artikel dalam Jurnal Bahasa

Repository > Ibrahim > Artikel dalam Jurnal Bahasa

Cover Jurnal BahasaDalam suatu masyarakat multilingual seperti di Badau, pilihan bahasa yang digunakan dalam komunikasi merupakan fenomena yang lazim, dimana suatu suasana interaksi antaraetnik akan menentukan pilihan bahasa yang digunakan dalam komunikasi tersebut. Penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Iban dalam komunikasi etnik di Badau bukan sahaja menandakan besarnya bilangan penutur kedua-dua bahasa tersebut, melainkan memberikan gambaran mengenai pilihan bahasa dalam interaksi dan komunikasi etnik di Badau. Jika penggunaan bahasa Iban lebih ditentukan oleh faktor domain, tempat dan kompetensi penutur, maka bahasa Melayu Badau justeru lebih ditentukan oleh inisiatif (keinginan/kemahuan) penutur (selain juga oleh domain, tempat & kompetensi). Hal ini disebabkan bahasa Melayu lebih berperanan sebagai bahasa pengantar masyarakat multilingual dibandingkan bahasa Iban. Kerana itu hasil kajian ini mendapati bahawa pilihan bahasa dalam komunikasi masyarakat multilingual di Badau bergantung pada empat aspek……

Link Download:

Artikel dalam Jurnal Bahasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *